Kawalan Diri

Kawalan Diri dalam istilah Sufi ialah gabungan tindak balas primitif dan dikondisi, yang lazim bagi semua orang, yang menghalang dan memesongkan kemajuan dan pemahaman manusia.

Buku ini digambarkan oleh Shah sebagai kunci untuk memahami keseluruhan korpus hasil kerja beliau. Walaupun lengkap dengan sendirinya sebagai satu antologi hasil kerja yang tidak diterbitkan sehingga kini, ia bertujuan untuk menerangkan dan menyokong buku sebelumnya iaitu Cara Sufi.

Dalam bahagian pengenalan, beliau menulis, ‘Ribuan buku dan monograf telah ditulis tentang Sufisme dan Sufi, hampir semua daripadanya dari sudut pandangan pemikiran yang lain.

Hasilnya ialah huru-hara dalam kesusasteraan, dan kekeliruan kepada pembaca. Selama beberapa abad, sebahagian daripada ulama yang paling terkenal di dunia telah jatuh ke dalam perangkap ini kerana cuba untuk mendalami, mencapai atau mempertimbangkan fenomena Sufi melalui prasangka yang terikat dengan budaya.’

Release date: April 2019

Read it for Free
OPEN BOOK